-
Tarikh Kemaskini 09 January 2026
Mengiktiraf Kecemerlangan, Memacu Transformasi 2026
Hari ini seluruh warga LPPKN berkumpul dengan satu tekad di Majlis Aspresiasi dan Amanat Tahun 2026 yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Pengerusi LPPKN. Majlis penuh bermakna ini bukan sekadar refleksi tetapi medan suntikan semangat buat kita semua.
Antara momen utama hari ini:
- Penghargaan Kecemerlangan: Tahniah diucapkan kepada LPPKN Negeri yang telah berjaya mencapai KPI 2025! Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan ini adalah bukti komitmen tinggi anda dalam memberi perkhidmatan terbaik.
- Sesi Ilmu: Perkongsian mendalam melalui Ceramah Nilai Bersama KASIH LPPKN yang disampaikan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia menyuntik inspirasi tentang integriti dan kasih sayang dalam organisasi.
- Detik Bersejarah: Pelancaran Logo Jubli Intan 60 Tahun LPPKN (1966-2026) simbol enam dekad kita berbakti.
Melangkah ke tahun baru,mari kita jadikan pencapaian semalam sebagai batu loncatan. Cabaran 2026 menanti namun dengan kerjasama berpasukan dan semangat 'KASIH LPPKN', tiada puncak yang tidak boleh kita daki.
Ayuh bekerja dengan jiwa, berkhidmat dengan ikhlas!
Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Abdul Shukur bin Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN, Encik Hanafee bin A Rahman, Timbalan Ketua Pengarah ( Pengurusan) LPPKN dan pengurusan tertinggi LPPKN.



