-
Tarikh Kemaskini 13 February 2026
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) hari ini telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin Menyambut Ambang Ramadhan 2026. Program dimulakan dengan solat Zohor berjemaah sebagai tanda kebersamaan warga kerja dalam mempersiapkan diri secara spiritual sebelum ketibaan bulan Ramadan yang mulia.
Dalam majlis tersebut, seluruh warga turut mengaminkan doa memohon kelancaran dan kejayaan buat Majlis Peluncuran Dasar Kasih Keluarga Negara yang dijadualkan berlangsung pada 14 Februari ini. Majlis diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah LPPKN, YBhg. Dato’ Abdul Shukur bin Abdullah, yang menyempurnakan gimik simbolik pemberian buah kurma kepada kakitangan.
Bagi mengimarahkan lagi bulan suci ini, pelbagai program Ihya Ramadan telah dirancang rapi oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM). Antara pengisian menarik yang bakal dilaksanakan sepanjang Ramadan ini termasuklah majlis tadarus Al-Quran, aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk, serta siri ceramah agama untuk santapan rohani warga kerja.
Amanat Ketua Pengarah LPPKN: Dalam ucapannya, Dato’ Abdul Shukur bin Abdullah menekankan kepentingan bulan Ramadan sebagai medan transformasi diri dan organisasi:
"Bulan Ramadan ini adalah permulaan bagi kita untuk menyucikan diri. Sempena sambutan LPPKN 60 Tahun, marilah kita suburkan kembali rasa kasih sayang dan kesetiaan kepada organisasi. Semoga keikhlasan kita bekerja menjadi ibadah yang diterima-Nya."
Seluruh warga LPPKN komited untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik dan menyebarkan nilai KASIH demi kesejahteraan keluarga di Malaysia.



