• Tarikh Kemaskini 09 March 2023

Demi KASIH dan sebagai keluarga besar @kpwkm di bawah teraju YBM @nancy.shukri dan YBTM @aimanathirah , LPPKN tidak ketinggalan bersama-sama @jpwanita memeriahkan sambutan Hari Wanita Antarabangsa di Dewan Perdana FELDA, Kuala Lumpur yang telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri @anwaribrahim_my

LPPKN hadir bersama Pusat Keluarga Bergerak meneruskan usaha ke arah kesejahteraan kesihatan reproduktif wanita melalui Kempen #WCaRe iaitu pendaftaran saringan #mamogram dan saringan #hpvdna kepada wanita layak.

"Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menterjemahkan konsep Madani bukan sehaja melalui KASIH Wanita, malahan juga melalui KASIH Keluarga dan KASIH Remaja."
- YAB PM @anwaribrahim_my

"Konsep KASIH ini menterjemahkan Malaysia Madani dengan membawa nilai-nilai Kasih sayang, Akhlak mulia, Sihat, Ilmu dan Harmoni untuk melahirkan individu, keluarga dan masyarakat yang maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan serta beradab dan menyanjung tinggi nilai-nilai kemanusiaan."
- YBM @nancy.shukri