• Tarikh Kemaskini 18 December 2019

KUALA LUMPUR, 10 Jun: "LPPKN akan terus kekal relevan kepada rakyat dan kerajaan sekiranya kita lebih fokus dengan kumpulan sasaran yang tepat", begitulah saranan daripada Dato' Fatimah Saad, bekas Ketua Pengarah LPPKN yang dijemput sebagai salah seorang panel dalam forum LPPKN Premier Talk: Sempena 50 Tahun LPPKN bertempat di Auditorium Tingkat 13, Bangunan LPPKN di sini hari ini. "Dengan menyasarkan kepada kumpulan sasaran dan perkhidmatan yang betul, kita akan lebih mudah untuk mengkaji dan memperolehi data yang lebih tepat. Secara tidak langsung program-program yang dijalankan akan lebih berkesan" tambah beliau lagi. Di majlis ini telah dipengerusikan oleh Dato' Dr Siti Norlasiah Ismail, Ketua Pengarah LPPKN dan panel jemputan terdiri daripada Tan Sri Hajah Zaleha Ismail, bekas Pengerusi LPPKN dan Cik Khoo Swee Tin, bekas Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan).