-
Tarikh Kemaskini 20 December 2019
Pejabat LPPKN Negeri Sarawak dengan kerjasama MyKasih Foundation telah menganjurkan program Nur Kasih dan SMARTBelanja@LPPKN bertempat di Auditorium BDA, Wisma Bintulu, Sarawak yang telah diadakan pada 26 Januari 2013.
Peserta program ini terdiri daripada penerima bantuan MyKasih, pasangan dan anak-anak. Serama 230 peserta telah hadir program ini.
Peserta didedahkan mengenai pentingnya menjaga kesihatan dengan tajuk ceramah kesihatan Derita Dalam Diam (Kanser Serviks).
Pengisian diteruskan lagi dengan aktiviti Pancing Ringgit, Pengurusan Kewangan Keluarga dan Pemburu Wang. Saringan Kesihatan Pakej A juga diberikan kepada semua peserta.



