• Tarikh Kemaskini 02 October 2023

26 SEPT: LPPKN dengan kerjasama Bayer.Co (M) Sdn. Bhd. telah menganjurkan Forum Advokasi Perancang Keluarga sempena sambutan Hari Kontraseptif Sedunia di Hotel Eastin, Kuala Lumpur hari ini.

Forum bertemakan “Pilih Dengan Yakin” dirasmikan oleh YBhg. Dato Sri Rohani Abdul Karim, Pengerusi LPPKN. Antara yang terlibat ialah YBrs. Prof. Dr. Jamiyah Hassan, Pakar Perunding Kanan Obstetrik & Ginekologi dan Fetomaternal, (UiTM), YBrs. Dr. Noor Atiyah Azmi, Pengasas Ceelik Family Centre Enterprise, dan YBrs. Puan Leong Sook Fun,Pengarah Urusan Bayer Co. (Malaysia) Sdn. Bhd selaku panel bagi forum ini.

Forum ini dihadiri oleh 120 orang peserta yang terdiri daripada wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) Rise Against Hunger Malaysia (RAH), agensi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling Jaya dan wakil komuniti Orang Asli, Semenyih.

Turut hadir ialah Tuan Haji Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN, Puan Leong Sook Fun, Pengarah Urusan Syarikat Bayer (M) Sdn. Bhd. dan Datin Suriza Hing Abdullah, Timbalan Presiden Rise Against Hunger Malaysia.