• Tarikh Kemaskini 18 December 2019

 

KUALA LUMPUR, 19 Ogos: ""Bersama Membudaya Keselamatan, saya berharap semua anggota memberikan komitmen dan disiplin yang tinggi dalam setiap pekerjaan yang dilaksanakan", kata YBhg. Dato' Dr. Siti Norlasiah Ismail, Ketua Pengarah LPPKN dalam amanat perhimpunan bulanan kali ini sempena Minggu Keselamatan dan Kesihatan dan Sambutan Bulan Kemerdekaan di Dewan Besar LPPKN sebentar tadi. Seramai 250 pegawai dan kakitangan telah hadir termasuk wakil-wakil dari Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Satu Sesi Ceramah bertajuk "Vape OK atau KO" telah disampaikan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Beliau juga telah sudi unuk menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang acara ExploreRace Minggu Keselamatan yang telah dimenangi oleh Pejabat Ketua Pengarah, tempat kedua iailah Pejabat LPPKN Wilayah Persekutuan dan tempat ketiga dimenangi oleh Sektor Dasar dan Penilaian Outcome. Bagi acara Keceriaan Sempena Kemerdekaan telah dimenangi oleh Tingkat 3 (Unit Komunikasi Korporat dan Sub Unit Aset). Tahniah dan syabas kepada kepada semua pemenang!