• Tarikh Kemaskini 20 December 2019

Majlis Perhimpunan Bulanan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah dijayakan pada 17 Januari 2013 bertempat di Dewan Besar LPPKN. Acara bermula pada jam 8.30 pagi dengan persembahan pembukaan nyanyian Kumpulan Koir LPPKN.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Hajjah Napsiah Omar, Pengerusi LPPKN, Y.Bhg. Dr. Anjli Doshi, Pemangku Ketua Pengarah LPPKN, Pengarah-pengarah Bahagian serta warga LPPKN. Majlis disorotkan dengan persembahan multimedia Pencapaian LPPKN Tahun 2012 dan Perancangan LPPKN Tahun 2013 serta pengenalan MAMACARE : Program Holistik Selepas Bersalin.

Penutup majlis pula diaktifkan dengan Terapi Ceria yang diketuai oleh Puan Loo Saw Moay dari Bahagian Pembangunan Keluarga, LPPKN