• Tarikh Kemaskini 18 December 2019

PUTRAJAYA, 29 April: Satu Karnival Sukan Sempena 50 Tahun LPPKN telah diadakan dengan kerjasama Pengurusan Tertinggi dan Biro Sukan, Kelab Kebajikan LPPKN pada 29 April hingga 1 Mei bertempat di Institut Penilaian Negara (INSPEN), Putrajaya yang melibatkan hampir 300 orang peserta. Para peserta dan atlet terdiri daripada 7 pasukan iaitu HQ A, HQ B, HQ C, Zon SELATAN, Zon TIMUR, Zon TENGAH dan Zon UTARA. Sebanyak 7 acara telah dipertandingkan iaitu Futsal, Bola Jaring, Karom, Congkak, Dart, Tarik Tali dan Ping Pong. Pasukan Zon TIMUR telah mengungguli kejohanan dengan meraih Piala Pusingan Karnival Sukan pada kali ini. Dato' Dr Siti Norlasiah Ismail, Ketua Pengarah LPPKN bersama dengan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) dan  telah sudi hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenangTahniah kepada semua pasukan yang bertanding dan telah menunjukkan komitmen yang tinggi. Syabas!