• Tarikh Kemaskini 18 December 2019

Lanjutan dari Bengkel Latihan Kejurulatihan (TOT) Jurulatih Utama Modul Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak (PEKA) yang telah diadakan di Hotel Plaza, Kuala Lumpur baru-baru ini, pihak LPPKN sekali lagi telah mengadakan satu bengkel yang sama di Hotel Kobemas, Melaka. Bengkel zon selatan ini telah berlangsung pada 15-17 Mac 2017 dan dihadiri oleh 50 orang peserta. Lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Melaka adalah antara aktiviti menarik bengkel dimana para peserta berpeluang melihat demo menyelamat dari Pegawai Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Oleh: Sektor Penyelidikan Kependudukan dan Keluarga