-
Tarikh Kemaskini 18 December 2019
Seminar Keseimbangan Hidup Berkerjaya – Work Life Balance telah diadakan pada 13 Mei 2017 bertempat di Dewan Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur bertemakan ‘Ke Arah Budaya Kerja Mesra Keluarga’.
Seminar anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) ini turut menjelaskan dasar dan bantuan yang telah disediakan kerajaan untuk menggalakkan majikan membina budaya kerja yang mesra keluarga.
Seminar ini telah disempurnakan oleh Pengerusi LPPKN, Dato’ Hajah Mariam Mas Yacob dengan kehadiran lebih 300 peserta. Antara tetamu kehormat yang hadir adalah YBhg. Dato’ Dr. Siti Norlasiah Ismail (Ketua Pengarah LPPKN), YBrs. Encik Shukur Abdullah (Timbalan Ketua Pengarah (P) LPPKN), YBrs. Dr. Anjli Panalal K. Doshi (Timbalan Ketua Pengarah (D) LPPKN), YBhg. Tuan Haji Nahar Mohd Nor (Setiausaha Agong IKRAM) dan YBhg. Datin Paduka Che Asmah Ibrahim (Ketua Wanita IKRAM Pusat).
Objektif utama seminar ini adalah :
- Mengenal pasti kemudahan yang telah disediakan oleh Kerajaan untuk menggalakkan majikan melaksanakan tempat kerja mesra keluarga,
- Mengenalpasti faktor-faktor untuk memantapkan budaya kerja mesra keluarga, dan
- Menentukan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk meningkat advokasi budaya kerja mesra keluarga.
Pelbagai input bermanfaat dan tip berguna telah dikongsikan berkaitan keseimbangan hidup berkeluarga dan berkerjaya oleh para panelis seminar. Turut bersama berkongsi pengalaman adalah YBhg. Dato’ Dr. Siti Norlasiah Ismail.



