• Tarikh Kemaskini 20 December 2019

Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengadakan Pertandingan Fotografi Sempena Hari Penduduk Sedunia dengan kerjasama Fakulti Multimedia Kreatif, Universiti Multimedia (MMU) dan Canon Marketing (M) Sdn. Bhd. Acara ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari Penduduk Sedunia pada 11 Julai 2012. 5 kategori telah  dipertandingkan dan kategorinya ialah seperti berikut:

- Penduduk, Keluarga dan Alam Sekitar
- Penduduk dan Kesihatan Reproduktif
- Dunia pada 7 Bilion
- Penduduk Penuaan
- Generasi Masa Depan

Pertandingan yang telah diadakan pada 18 Julai 2012 sehingga 30 November 2012, telah menerima lebih 700 gambar dari semua lapisan masyarakat dan seluruh negara termasuk peminat fotografi, profesional serta amatur. Acara ini telah berjaya dianjurkan dengan 15 pemenang dari setiap kategori dan di antara mereka dipilih ialah 1 pemenang hadiah utama. Pemenang tersebut ialah Encik Abdul Rahman Roslan dari Kuala Lumpur yang telah dipilih dari kategori Dunia pada 7 Bilion. Kreativiti beliau telah memenangi hati juri dengan mempamerkan keunikan Malaysia yang mempunyai kumpulan etnik yang berbeza melalui cermin kaca semasa waktu puncak di Kuala Lumpur.

Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran awam kepada masyarakat mengenai isu-isu baru muncul dan senario penduduk dan pembangunan hari ini. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menonjolkan kepada rakyat tentang kewujudan hari penduduk dunia yang berlaku pada 11 Julai setiap tahun. Selain daripada menganjurkan persidangan atau seminar setiap tahun, pertandingan fotografi adalah cara alternatif lagi kreatif bagi penyebaran maklumat kepada masyarakat mengenai mengenai isu-isu penduduk dan kesan ke arah pembangunan negara. Penganjuran pertandingan itu juga menyediakan platform bagi peserta untuk berkongsi kreativiti dan bakat mereka dalam bidang fotografi.

 

Untuk melihat gambar pemenang, sila klik pautan ini.

 

Sumber : Bah. Kependudukan, LPPKN