• Tarikh Kemaskini 13 February 2026

Bengkel Siri 1 Analisa Data KPKM-6 telah memulakan tiranya hari ini di Hotel Bangi Resort dan berlangsung selama tiga hari, 11–13 Februari 2026. Bengkel ini menghimpunkan pakar-pakar dan pegawai terlibat untuk meneliti analisa data mengikut modul KPKM-6 secara menyeluruh.

Majlis pembukaan disempurnakan oleh YBrs. Encik Hairil Fadzly Md. Akir, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) LPPKN, dengan kehadiran En. Adzmel Mahmud, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Kependudukan dan Keluarga (BPKK) serta pakar-pakar yang menyumbang kepakaran, termasuk Prof. Dr. Tey Nai Peng (UM), Prof. Madya Dr. Rohana Jani (UM), Prof. Madya Dr. Norliza Ahmad (UPM), Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad (UPM), Prof. Madya Dr. Ahmad Nazim Aimran (UiTM Shah Alam), Dr. Saharani Abdul Rashid (UiTM Raub), Dr. Mohd Amirul Rafiq Abu Rahim (PNBRI), Dr. Zilal Saari (UTM KL) dan En. Chai Sen Tyng (MyAgeing).

Hari pertama menumpukan perbincangan mengikut modul KPKM-60 hingga KPKM-65 bagi pelbagai kumpulan sasaran kajian seperti wanita dan lelaki pernah berkahwin, remaja, warga emas serta bujang, bagi memperkukuh dapatan analisa untuk laporan komprehensif.

Bengkel diteruskan sehingga 13 Februari 2026 dengan sesi pembentangan dan rumusan hasil analisa data.