• Tarikh Kemaskini 18 December 2019

Kursus Ilmu Keluarga@LPPKN

Siri Keibubapaan Positif

Kursus Ilmu Keluarga@Masjid telah diadakan pada 9 April 2017 di Dewan Kuliah, Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas.LPPKN telah mengadakan kursus pembangunan keluarga secara bersiri semenjak tahun 2002. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendidikan keibubapaan mengikut kitaran hidup keluarga serta lebih memfokus kepada komponen keibubapaan mengikut kumpulan sasar yang bersesuaian.Seramai 43 peserta dari kalangan orang awam telah menghadiri kursus pada kali ini.

 

 

Oleh : Unit Penerangan dan Pendidikan

Pusat Keluarga LPPKN, Bertam