• Tarikh Kemaskini 08 October 2025

SEREMBAN – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah berjaya menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 3/2025 bertempat di Pusat Keluarga LPPKN Negeri Sembilan. Majlis kali ini diadakan bersempena dengan Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan, membawakan tema “Santuni Emosi, Sejahtera Insani”. Dalam ucapan yang disampaikan, pelbagai pencapaian dan hala tuju strategik LPPKN telah dikongsikan, menggariskan komitmen agensi dalam memperkasa institusi keluarga di Malaysia.

SOROTAN PENCAPAIAN & PROGRAM UTAMA (Jun - September 2025)

Kecemerlangan Prestasi: LPPKN menerima penarafan Cemerlang dengan markah 92.4% daripada ICU JKM bagi Laporan Pencapaian Outcome Program/Projek 2024.

KafeTEEN: Sejak 2006, seramai 1,122,372 remaja telah menyertai Program Pendidikan dan Pembangunan Kemahiran (PPK) , manakala 67,266 remaja telah menerima khidmat nasihat Kesihatan Reproduktif dan Kaunseling Sosial.

Program MamaCare: Sehingga kini, lebih 2,600 pengamal bertauliah telah dilatih dan hampir 60,000 wanita telah menerima manfaat penjagaan selepas bersalin.

Saringan Mamogram: Seramai 28,055 wanita telah menjalani saringan, di mana 19 kes kanser berjaya dikesan untuk rawatan awal.

Inisiatif Baharu: Modul Romantika Cinta dan Modul Kebapaan telah dibangunkan bagi memperkukuh institusi keluarga melalui pendidikan berterusan.

HALA TUJU STRATEGIK DI BAWAH RMK-13 (2026-2030)

LPPKN diberi mandat utama untuk memperkukuh Tonggak B: Meningkatkan Mobiliti Sosial di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13). Fokus utama termasuk:

Memperkukuh Institusi Kekeluargaan: Dilaksanakan melalui Agenda Nasional KASIH Keluarga Negara (ANKKN).

Memperkasa Peranan Lelaki & Wanita: Melalui inisiatif seperti perluasan KafeTEEN dan Program Lelaki Budiman Negara.

MEMPERKUKUH NILAI & BUDAYA ORGANISASI

Bagi memantapkan lagi tadbir urus dan budaya kerja, LPPKN memperkenalkan Nilai Bersama yang baharu iaitu K.A.S.I.H:

K - Kerja Berpasukan

A - Amanah

S - Sayangi Organisasi

H - Hormat

LPPKN menyeru seluruh warganya agar terus komited dan bekerjasama dalam menyokong aspirasi negara, memastikan setiap keluarga di Malaysia kekal kukuh dan sejahtera.