-
Tarikh Kemaskini 10 April 2025
Mewakili Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan LPPKN, Dr. Wan Hilya Munira Mustapha, Ketua Pusat Kepakaran Subfertiliti, LPPKN dan En. Adzmel Mahmud, Pengarah Bahagian Penyelidikan Kependudukan dan Keluarga telah menghadiri “58th Sesssion of the Commission on Population and Development (UNCPD). Tema utama persidangan 58th UNCPD ialah “Ensuring Healthy Lives And Promoting Well-Being For All At All Ages .” Persidangan ini disertai oleh negara ahli CPD dan sedang berlangsung dari 7 hingga 11 April 2025.
Mesyuarat hari pertama telah dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pengerusi 58th CPD dan diteruskan dengan ucapan oleh pegawai-pegawai tertinggi PBB serta wakil-wakil dari kumpulan serantau.
Pada sesi tengah hari pula, Dr. Wan Hilya Munira Mustapha dan En. Adzmel Mahmud turut mengambil bahagian dalam acara side-event bertemakan “Exploring Global Fertility Trends, Family Dynamics, And Solutions” dengan ucapan ucaptama disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Faisal Muhamad, Duta Tetap Malaysia ke PBB di New York. Side-event ini adalah anjuran bersama NGO Committee on the Family dengan kerjasama Permanent Mission of Malaysia di New York. Side event ini membincangkan trend kesuburan global, dinamik keluarga, dan penyelesaian dasar, dengan memberi tumpuan kepada kesan dasar terhadap pembentukan keluarga dan kadar kesuburan di tengah-tengah perubahan demografi global.
Pada sebelah petang, Dr. Wan Hilya Munira Mustapha telah mengambil tempat dan membentangkan Kenyataan Negara dalam sesi “General Debate On Ensuring Healthy Lives And Promoting Well-Being For All At All Ages”.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Faisal Muhamad, Duta Tetap Malaysia ke PBB, En. Sofian Akmal Abd. Karim, Timb. Duta Tetap Malaysia ke PBB dan Pn. Nur Azura Abd Karim, Counsellor (Third Committee, Commonwealth) di atas kerjasama yang diberikan kepada Delegasi Malaysia sepanjang tempoh perjalanan persidangan.