• Tarikh Kemaskini 08 October 2025

7 Oktober 2025 — Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Abdul Shukur Abdullah Ketua Pengarah LPPKN, telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Kunjungan ini disambut mesra oleh YBhg. Dato’ Badrul Hisham Alias, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara.

Kunjungan hormat ini menjadi platform bagi kedua-dua agensi memperkukuh hubungan strategik melalui sesi perbincangan mengenai kejayaan, inisiatif semasa, serta hala tuju masa hadapan dalam pelaksanaan program berkaitan kesejahteraan keluarga khususnya Institusi Perkahwinan.

Sesi turut merangkumi pembentangan Projek Rintis Badan Pendamai LPPKN dan JPN serta perbincangan way forward dalam memperkasa kolaborasi dua hala bagi manfaat Institusi Keluarga di Malaysia.