• Tarikh Kemaskini 11 February 2026

Dasar KASIH Keluarga Negara (DKKN) dibangunkan berpaksikan kepada nilai KASIH, iaitu nilai bersama yang mencerminkan aspirasi keluarga Malaysia dan dipandu oleh empat hala tuju utama iaitu:

  •  Mengukuhkan nilai positif dan hubungan kekeluargaan.
  • Meningkatkan kesaksamaan hak dan tanggungjawab bersama dalam keluarga.
  • Memastikan kemampanan dan kualiti hidup keluarga.
  • Memastikan kelangsungan dan kelestarian generasi masa hadapan.

Nilai dan hala tuju inilah yang menjadi asas serta landasan dalam membentuk sebuah institusi keluarga yang kukuh, berdaya tahan dan sejahtera.

Nantikan Peluncuran Dasar KASIH Keluarga Negara (DKKN) oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 14 Februari 2026.