• Tarikh Kemaskini 19 March 2024

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah melantik Ipsos Sdn. Bhd. untuk melaksanakan kerja lapangan rintis bagi Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keenam (KPKM-6). Objektif utama kajian ini adalah untuk menyediakan data terkini dan siri masa berkaitan kependudukan, kekeluargaan dan kesihatan reproduktif serta sosio-ekonomi penduduk Malaysia.

Satu kerja lapangan rintis akan dilaksanakan di kawasan Tuan/Puan bermula pada Mac hingga April 2024 di kawasan terpilih di negeri Selangor. Kajian ini akan mengumpul maklumat daripada responden melalui kaedah temu bual secara bersemuka dengan menggunakan kaedah Computer-assisted personal interviewing (CAPI).

Kajian ini akan menemubual lima (5) kategori responden di tempat kediaman terpilih seperti berikut:

  1. Wanita Pernah Berkahwin Berumur 15-59 Tahun;
  2. Lelaki Pernah Berkahwin Berumur 15-59 Tahun;
  3. Remaja Belum Pernah Berkahwin Berumur 13-24 Tahun;
  4. Warga Emas Berumur 60 Tahun Ke Atas; dan
  5. Bujang Berumur 25-59 Tahun.

Untuk sebarang keterangan lanjut, pihak Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai dari Bahagian Penyelidikan Kependudukan dan Keluarga, LPPKN di talian 03-26137555:

  1. Pn. Najihah Ismail (samb. 1502)
  2. Pn. Azian Abdul Hamid (samb. 1510)

atau pegawai dari Ipsos Sdn. Bhd. di talian 03-22893000:

  1. Pn. Wan Nuradiah Wan Mohd Rani
  2. En. Poon Teck Seong

Kerjasama dan sokongan Tuan/Puan dalam menjayakan kajian ini amatlah dihargai.

 

Terima kasih.