• Tarikh Kemaskini 22 August 2022

Garis Panduan Perancang Keluarga Kebangsaan telah dibentuk sebagai panduan bagi pelaksanaan dan penyelarasan program ini yang meliputi elemen berikut:

  1. Penyampaian perkhidmatan Perancang Keluarga adalah berdasarkan kepada aspek kesihatan dan kesihatan keluarga dan amalannya adalah secara sukarela.
  1. Perkhidmatan kontraseptif akan disediakan melalui sistem kafeteria dan disampaikan oleh anggota perubatan, para perubatan dan anggota sokongan yang dilatih khas dengan penekanan ke atas perkhidmatan perubatan sokongan dan rawatan susulan.
  1. Pendidikan Perancang Keluarga/Kependudukan diintegrasikan dalam sistem pendidikan formal dan tidak formal.
  1. Penyediaan perkhidmatan Perancang Keluarga dalam Program Pembangunan Sosial adalah untuk memberi peluang kepada peningkatan kehidupan keluarga serta taraf sosio-ekonomi wanita.
  1. Untuk menyediakan program dan aktiviti sokongan untuk meningkatkan kualiti kehidupan. Ia merangkumi aspek-aspek kesihatan, kesejahteraan dan aktiviti-aktiviti bagi menggalakkan dan meningkatkan status wanita.