• Tarikh Kemaskini 31 October 2022

LPPKN SABAH 28 OKTOBER 2022 (JUMAAT)

Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah LPPKN YBrs Tuan Haji Abdul Shukur Abdullah. Turut sama dalam program ini adalah YB Aliakhbar Gulasan,ADUN Dilantik, Encik Suszma Khairitszi Mamat,Pengarah LPPKN Negeri Sabah.

Antara Aktiviti yang dijalankan adalah Pameran Perkhidmatan LPPKN, Ziarah LPPKN CARE, Pemberian Washble Pad kepada remaja perempuan, Ceramah Kempen Kesedaran Kanser Wanita Program WeCare , Subsidi Mamogram dan HPV DNA,Aktiviti KafeTEEN (Remaja) dan Mamacare.

Turut sama mengadakan pemeran Yayasan Kebajikan Negara Negeri Sabah (YKN) Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKA), Klinik Pergigian Daerah Tuaran.

Terima Kasih diucapkan buat Guru Besar SK.Penimbawan dan- Kakitangan, KEMAS Kg.Penimbawan,JPKK,Ketua Kampung, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Family Of Charity (NGO) atas kerjasama dan sumbangan yang diberikan dalam menjayakan program ini.