• Tarikh Kemaskini 17 October 2022

Ketua Pengarah LPPKN, berbesar hati menerima kunjungan hormat Pengarah Serantau International Planned Parenthood Federation in East & South East Asia and Oceania Region) – (IPPF ESEAOR), Ms. Tomoko Fukuda pada 11 Oktober 2022.

International Planned Parenthood Federation (IPPF) merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bermatlamat menggalakkan kesihatan seksual dan reproduktif dan menyokong hak individu untuk membuat pilihan mereka sendiri dalam perancangan keluarga. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah bekerjasama dengan IPPF sejak tahun 1998 lagi.

Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk mengadakan perbincangan serta meneroka peluang kerjasama diantara kedua-dua pihak.