• Tarikh Kemaskini 22 March 2023

21 Mac 2023 - Tahniah kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia LPPKN kerana berjaya menganjurkan Perhimpunan Bulanan (Mac 2023) sebagai kemuncak Minggu Sejahtera Warga LPPKN (MSWL) bertemakan #RespekKesejahteraanBersama yang bermula pada 12 hingga 17 Mac lalu.

"Amalan penjagaan kesihatan secara konsisten amatlah dituntut. Saya menyeru semua warga LPPKN menjaga kesihatan masing-masing," demikian antara amanat yang disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN dalam ucapan perasmian beliau.

Pada majlis sama, turut disampaikan hadiah kepada pemenang MSWL dan agihan kurma kepada semua bahagian.

Majlis dihadiri oleh lebih 300 warga LPPKN secara fizikal dan dalam talian