• Tarikh Kemaskini 19 December 2022

14 Disember 2022 (Rabu), Pusat Keluarga LPPKN Seremban 2, Negeri Sembilan - Telah berlangsung Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Projek Rintis Perkhidmatan Kaunseling Perkahwinan & Keluarga di antara LPPKN Negeri Sembilan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) .

Projek rintis ini bertujuan membantu pasangan menyelesaikan masalah perkahwinan melalui perkhidmatan kaunseling perkahwinan dan keluarga oleh Kaunselor Berdaftar LPPKN. Seramai 240 orang klien dalam fasa ingin bercerai dan iddah daripada JHEAINS dan JKSNS di daerah Seremban dilibatkan dalam projek ini. MoU ditandatangani oleh Tuan Azlan Shah bin Nazrudin, Pengarah LPPKN Negeri Sembilan, YBhg. Dato’ Mohd Zaidi bin Ramli, Pengarah JHEAINS, YAA Dato’ Abas bin Nordin, Ketua Hakim Syarie JKSNS dan Tuan Zainal bin Said, Setiausaha MAINS.