• Tarikh Kemaskini 29 November 2022

Sambutan pada tahun ini telah diadakan di komuniti FACE 4.0 (Kg Belukar) bermula 26 hingga 27 November 2022. Hampir 400 orang penduduk komuniti Kg Belukar, Kg Razali, Kg Kurnia, Taman Sri Belat dan Taman Uda telah hadir bagi memeriahkan sambutan ini.

Pelbagai aktivti menarik telah dijalankan sepanajang program antaranya Wayang Pacak, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Merekacipta, Rally Keluarga, Perkhidmatan LPPKN, Pameran Agensi dan Koisk Usahawan setempat serta cabutan bertuah. Pelaksanaan program ini adalah hasil kerjasama antara pihak LPPKN Negeri Pahang dan barisan Fasilitator Keluarga (FK) Komuniti FACE 4.0 (Kg Belukar).

Sambutan ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN Malaysia. Turut Hadir dalam program hari ini ialah YB. Dato' Haji Shafik Fauzan bin Sharif, ADUN Inderapura, Pengarah Bahagian Kesejahteraan Keluarga (BKK) LPPKN, Pengarah LPPKN Negeri Pahang, Penghulu Mukim Kuala Kuantan 2 dan Pengerusi JPKK Kg Belukar.