• Tarikh Kemaskini 29 November 2022

27 November 2022, Ahad – Telah berlangsung dengan jayanya Program Jelajah KASIH Keluarga@Komuniti FACE sempena Sambutan Bulan Keluarga 2022 Peringkat Negeri Perlis bertempat di Dewan Orang Ramai, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Rimba Mas, Padang Besar, Perlis dengan kerjasama pihak Pengurusan FELDA Rimba Mas, Padang Besar.

Program telah dimeriahkan dengan kehadiran seramai 250 orang ahli Keluarga Perlis yang majoritinya terdiri daripada ahli komuniti keluarga FELDA Rimba Mas, Padang Besar.

Objektifnya adalah untuk meningkatkan sistem sokongan keluarga terutama dalam mensejahterakan dan memperkukuhkan ikatan kekeluargaan khususnya Pasca PKP, mengeratkan hubungan silaturahim serta semangat kerjasama atas semangat satu keluarga besar melalui penglibatan aktiviti dari pelbagai segmen dalam masyarakat serta mengukuhkan keprihatinan rakyat yang peduli keluarga melalui perkhidmatan kekeluargaan secara terus kepada komuniti setempat dan meningkatkan aksesibiliti khidmat sokongan keluarga dan kesihatan reproduktif kepada keluarga yang memerlukan.

Perasmian program disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Adzhar Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), LPPKN. Program turut diserikan lagi dengan kehadiran YBrs. Puan Rosmonaliza Abdul Ghani, Ketua Unit Komunikasi Korporat merangkap Ahli Jawatankuasa Pengurusan, LPPKN, YBrs. Encik Mohd Rohanas Mohd Nor, Timbalan Pengarah Wilayah, FELDA Wilayah Alor Setar, YBrs. Puan Naemah Ibrahim, Pengarah, LPPKN Negeri Perlis dan YBrs. Encik Azni Pakhuszaludin, Pengurus Rancangan FELDA Rimba Mas.

Program dimulakan seawal pagi dengan Saringan Kesejahteraan, Pendaftaran Ujian Mamogram, Ujian HPV DNA melalui Pusat Keluarga Bergerak (PKB) dan 'Booth' KASIH Keluarga Perlis. Tidak ketinggalan pameran informasi oleh Jabatan/Agensi Negeri Perlis iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Tidak ketinggalan perkhidmatan Urutan KASIH oleh Pengamal MamaCare dan myPapaCare. Selain itu, diadakan juga sesi 'Kids Fun Corner' dan 'Movement Theraphy'.

Program juga diisi dengan sesi bual bicara intervensi FACE4.0@FRM "Keluarga Perlis Celik IT" yang dikendalikan oleh Encik Mohd Izwan Ismail, Timbalan Pengarah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Perlis.

Terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini sama ada secara langsung atau tidak langsung