• Tarikh Kemaskini 22 December 2022

22 Disember 2022: Perhimpunan Bulanan LPPKN (Disember) telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Abdul Shukur bin Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN bertempat di Dewan Besar Bangunan LPPKN.

Perhimpunan yang dihoskan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) dan Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) turut dimeriahkan dengan penyampaian hadiah Anugerah Inovasi Ketua Pengarah (AIKP), Program Cakna Bahasa: Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan 2022 dan Hari Inovasi.

Majlis pada hari ini dihadiri seramai 200 warga LPPKN secara fizikal dan turut disertai oleh warga LPPKN Negeri secara dalam talian.