• Tarikh Kemaskini 22 December 2022

Pada 19 Disember 2022 (Isnin), telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang diadakan di UniSZA@Putrajaya, Conezion IOI City.

Memorandum persefahaman ini dilaksanakan bagi meneroka bidang kepakaran reproduksi manusia (subfertiliti dan perancang keluarga) termasuk bidang pembangunan keluarga. Memorandum ini dimeterai antara Ketua Pengarah LPPKN, YBrs. Tuan Haji Abdul Shukur Abdullah dengan Naib Canselor UniSZA, YBhg. Prof. Dr. Fazdli Adam.

Turut hadir pada majlis tersebut Puan Nafishah Abdullah, Pengarah Bahagian  Perancangan Strategik, Encik Fauwaz Hasbullah, Pengarah Bahagian Kesejahteraan Keluarga, Encik Muhamad Noh Abdullah, Pengarah LPPKN Negeri Terengganu dan para pegawai dari LPPKN serta UniSZA.