• Tarikh Kemaskini 13 September 2019

  SIARAN MEDIA 

 

KPWKM LANCAR NO GADJET HOUR

 

KUALA LUMPUR, 4 NOV. – Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini, melancarkan kempen No Gadget Hour atau Masa Tanpa Gajet sempena sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia (BKK1M) 2017 yang bertujuan untuk memastikan peruntukan masa berkualiti ketika bersama keluarga serta penetapan masa sesuai untuk menggunakan gajet.

 

YB Dato' Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat berkata, "Tidak dinafikan penggunaan internet dan gajet mempunyai banyak faedah terutama dalam urusan pembelajaran, komunikasi dan jual beli, namun teknologi juga memberi kesan negatif terutamanya kepada kanak-kanak jika disalahgunakan dan tanpa pengawasan ibu bapa."

 

"Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke Lima (KPKM-5, 2014) oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati medium komunikasi remaja dengan ibu bapa adalah melalui telefon (73.0 peratus), pesanan ringkas (54.6 peratus) dan media sosial (15.6 peratus),"   tambah Rohani.

 

Manakala, Laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM, 2016) menyatakan terdapat peningkatan penggunaan internet bagi penduduk negara ini iaitu 66.6 peratus pada tahun 2014 kepada 77.6 peratus pada tahun 2015,"  tegasnya lagi.

 

Sambutan BKK1M 2017 bertemakan Saya Sayang Keluarga Saya ini berjaya meraih lebih 3000 pengunjung bersama keluarga masing-masing dengan penglibatan 20 pempamer pelbagai agensi, badan bukan kerajaan dan swasta telah bermula pada jam 10 pagi. Pelbagai aktiviti interaktif seperti Family Walk, Family Picnic, sukaneka, pelukis karikator, pendaftaran sukarelawan  dan pertandingan mewarna kanak-kanak serta pertunjukan layang-layang gergasi turut diadakan.

 

Di majlis sama, tiga pemenang pertandingan foto keluarga turut diumumkan.  Pertandingan yeng berakhir 30 Oktober lalu melalui laman sosial facebook LPPKN telah dimenangi oleh Azrina Abdul Aziz (Kelantan), diikuti Fauzi bin Saad (Langkawi) dan Noor Akhmal Athirah binti Mohamad (Terengganu).  Pemenang dipilih berdasarkan jumlah like tertinggi.

 

Selain sambutan di sini, tujuh (7) lagi lokasi turut mengadakan sambutan sama iaitu di Taman Tema Air Gambang (Pahang), PPR Hiliran Ampang (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), Blackbox Hall, SACC Mall (Selangor), Kompleks Belia dan Sukan, Negeri Sembilan, Taman Rekreasi Gua Kelam (Perlis), Dataran Bergandang, Beaufort, Sabah dan Kippmart, Kota Tinggi, Johor. Acara lain yang dijalankan di peringkat negeri termasuklah tayangan wayang pacak, Forum Komuniti Keluarga Bahagia dan sukan rakyat.

 

Untuk rekod, KPWKM melalui LPPKN juga telah mengadakan pra pelancaran BKK1M pada 29 Oktober lalu dengan kerjasama Urbanhealth Sdn. Bhd di Park City, Kuala Lumpur yang turut disertai oleh lebih 3000 peserta.

 

Program berkonsepkan karnival ini turut dihadiri oleh Dato' Suriani binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha KPWKM yang baharu, Dato' Mariam Mas Yacob, Pengerusi LPPKN dan Dato' Dr. Siti Norlasiah Ismail, Ketua Pengarah LPPKN.

 

Disediakan oleh:

Unit Komunikasi Korporat

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

019-2333 415 (Rosmonaliza Abdul Ghani)

017-4118 177 (Khairulnizam Ahmad)