• Tarikh Kemaskini 17 September 2019

SIARAN MEDIA

 

3000 SERTAI ACARA KIDZATHON SEMPENA

PRA PELANCARAN BULAN KELUARGA KEBANGSAAN 1 MALAYSIA

 

KUALA LUMPUR, 29 OKT. – Seramai 3000 orang sertai acara larian Kidzathon: Heroes In The City sempena Pra Pelancaran Bulan Keluarga Kebangsaan 1 Malaysia anjuran bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Urban Health Sdn. Bhd., di taman rekreasi ParkCity, di sini.

 

Peserta terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak termasuk 30 anak-anak autism, dikehendaki menghabiskan cabaran dengan singgah di check point yang disediakan bagi perjalangan kira-kira dua (2) kilometer.  Acara pelepasan disempurnakan oleh  Dato' Mariam Mas Yacob, Pengerusi LPPKN yang mewakili YB Dato' Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembanguanan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

 

Dato' Mariam berkata, "Cabaran check point adalah setiap ahli keluarga melakukan aktiviti interaktif secara bersama berkaitan nilai dalam keluarga, bertepatan dengan 5 Teras Keluarga Bahagia (KASIH) yang dipromosikan LPPKN yang menekankan Kasih Sayang, Akhlak, Sihat dan Selamat, Ilmu dan Harmoni."

 

Sementara itu, majlis pelancaran BKK1M 2017 akan berlangsung pada 4 November hadapan di Taman Metropolitan, Kepong dan turut menggalakkan kehadiran orang ramai beserta keluarga.

 

Dalam majlis sama, turut diadakan ialah pelancaran buku Leadership in Parenting, tulisan Ahmad Fakhri dan isteri, Jamilah Samian sebagai buah tangan sempena BKK1M 2017 ini. Buku mengenai ciri-ciri kepimpinan ibu bapa dalam keluarga bakal dijual di premis buku tempatan dan secara atas talian. 

 

Acara sehari yang menggabungkan pelbagai aktiviti kekeluargaan turut dihadir adalah Dato' Dr. Siti Norlasiah Ismail, Ketua Pengarah LPPKN.

 

Disediakan oleh:

Unit Komunikasi Korporat

LPPKN

 

019-2333415 (Rosmonaliza Abdul ghani)