Tarikh Kemaskini 11 August 2020
INFO PROGRAM RINTIS SARINGAN KANSER SERVIKS (UJIAN HPV DNA)
Pelaksanaan Program Rintis Saringan Kanser Serviks untuk tahun 2019 adalah berdasarkan kepada ketetapan berikut:
Kriteria wanita layak tahun 2019:
- Wanita Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap;
- Wanita berumur 30 hingga 65 tahun;
- Wanita dalam kumpulan B40 & M40
- Wanita berkahwin/pernah berkahwin
Seramai 14,000 wanita di seluruh Malaysia disasarkan sebagai penerima ujian saringan kanser serviks melalui ujian HPV DNA. Program ini bertujuan untuk menggalakkan wanita yang berkahwin atau pernah berkahwin menjalani ujian HPV DNA serta meningkatkan tahap kesedaran tentang pencegahan kanser serviks.
Program ini adalah secara PERCUMA bermula Januari sehingga penghujung Disember 2019 dan dijalankan melalui 49 Klinik Nur Sejahtera (KNS) dan Klinik Subfertiliti LPPKN serta secara outreach di kawasan pedalaman. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, klien yang layak boleh berhubung terus dengan Klinik Nur Sejahtera LPPKN yang berhampiran.