Tarikh Kemaskini 29 March 2023
PROGRAM SARINGAN KANSER SERVIKS (UJIAN HPV DNA)
Program Saringan Kanser Serviks melalui Ujian HPV DNA adalah saringan bagi pengesanan awal kanser serviks. Program ini telah dilaksanakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bermula tahun 2019. Sepanjang pelaksanaan program ini, hampir 70,000 orang wanita telah mendapat manfaat.
Ujian HPV DNA merupakan kaedah baharu bagi pengesanan awal kanser serviks yang lebih berteknologi tinggi di mana dengan mengambil sampel DNA pada bahagian vagina boleh mengesan jangkitan HPV berisiko tinggi sebelum ia bertukar menjadi sel-sel pra kanser dan kanser serviks.
Wanita akan dibekalkan dengan kit ujian HPV DNA dan mereka boleh mengambil sampel menggunakan kaedah persampelan sendiri atau dengan bantuan Jururawat di klinik. Saringan ujian HPV DNA ini diberikan secara PERCUMA kepada wanita yang layak. Kriteria wanita yang layak adalah seperti yang berikut :
Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap; | |
Berumur 30 – 65 tahun; dan | |
Wanita dalam kalangan B40 dan M40. |
Wanita yang layak boleh mendapatkan saringan ujian HPV DNA di 49 buah Klinik Nur Sejahtera dan melalui program-program outreach LPPKN yang dilaksanakan di seluruh negara. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan Klinik Nur Sejahtera yang berhampiran.
BROCHURE HPV DNA | |