Tarikh Kemaskini 11 December 2018
LATAR BELAKANG KONSEP UTAMAKAN KELUARGA
Program 'Utamakan Keluarga : Semakin Hari Semakin Sayang' telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia Ke-4, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed pada 31 Julai 2002.
Â
10 PRINSIP UTAMAKAN KELUARGA
KASIH SAYANG
Menzahirkan kasih sayang dan memahami keperluan emosi yang tidak berbelah bahagi.
CERIA BERSAMA KELUARGA
Meluangkan masa indah bersama dan bijak menyemarakkan kemesraan.
KOMUNIKASI EFEKTIF
Berinteraksi dan berkomunikasi dengan aktif dan efektif.
NILAI KEKELUARGAAN
Memupuk dan membudayakan nilai-nilai murni keluarga
KEIBUBAPAAN CEMERLANG
Memikul tanggungjawab bersama dan menjadi contoh teladan yang baik.
IMBANGI KERJAYA DAN KELUARGA
Mengimbangi perhatian dan tumpuan terhadap kerjaya dan keluarga.
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
Menyediakan kediaman dan persekitaran selesa, selamat serta mengamalkan cara gaya hidup sihat.
EKONOMI KELUARGA
Merancang dan mengurus sumber dengan bijak bagi memenuhi keperluan sepanjang hayat.
PENDIDIKAN DAN KEMAHIRAN
Mendapatkan pendidikan dan meningkatkan kemahiran sepanjang hayat.
DASAR MESRA KELUARGA
Mengutamakan keluarga dalam perancangan program dan perkhidmatan untuk keluarga.
PELAKSANAAN PROGRAM
- Melalui program ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bukan sahaja menghebahkan mesej ini melalui kempen media malah mesej ini disusuli dengan sebanyak 83 Program "Utamakan Keluarga : Semakin Hari Semakin Sayang" di peringkat akar umbi melalui pemimpin-peminpin wanita dan NGO pada tahun 2003.
- Melalui program tersebut, seramai 23,477 peserta yang terdiri daripada ahli keluarga, pemimpin masyarakat, Jabatan Kerajaan dan NGO telah terlibat dalam pengisian program yang melibatkan ceramah kekeluargaan, aktiviti sukan keluarga, saringan kesihatan dan aktiviti gotong-royong.
PENGGEMBANGAN KONSEP UTAMAKAN KELUARGA
Konsep Utamakan Keluarga telah diperkembangkan melalui program dan aktiviti utama seperti berikut;Â Â Â Â
- Penggubalan Dasar Keluarga Negara dan Pelan Tindakannya
- Pelaksanaan program keibubapaan di tempat kerja 'Keluarga@Kerja' (Parenting@Work) di sektor awam dan swasta bagi membantu ibubapa bekerjaya mengimbangi kehidupan keluarga dan kerja
- Sebagai susulan kepada kempen ini juga, pihak Kementerian melalui LPPKN telah membangun dan melancarkan Pakej SMARTSTART yang merupakan panduan untuk Pengantin Baru sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2003.
- Pakej SMARTSTART merupakan rujukan ringkas dan komprehensif yang dapat memberi panduan kepada pasangan yang baru dan akan berkahwin bagi menyediakan diri untuk melayari alam perkahwinan dan kekeluargaan
- Pakej ini kemudiannya diperkembangkan kepada Program Praperkahwinan SMARTSTART kepada pasangan yang akan dan baru berkahwin dengan usia perkahwinan di bawah 5 tahun
- Galakan majikan menyediakan TASKA/pusat jagaan kanak-kanak bagi membantu ibubapa bekerja mendapatkan alternatif penjagaan anak mereka dengan perkhidmatan jagaan yang berkualiti melalui pemberian subsidi yuran sebanyak RM180.00 kepada ibubapa berpendapatan dibawah RM2,000.00 kepada majikan dalam pembentangan Bajet tahunan negara.