-
Tarikh Kemaskini 08 May 2026
7 Mei 2026 - YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah melancarkan Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara (PTDSN) 2026–2030 sebagai langkah memperkukuh ekosistem sosial negara yang lebih inklusif, responsif dan mampan.
Sempena majlis ini, LPPKN turut membuka reruai pameran yang mengetengahkan pelbagai inisiatif utama agensi dalam memperkukuh kesejahteraan keluarga dan reproduktif negara. Antaranya termasuk BuAI (Bantuan Rawatan Kesuburan & Advokasi Infertiliti) yang membantu pasangan mendapatkan akses rawatan kesuburan dan sokongan infertiliti, MamaCare perkhidmatan penjagaan ibu selepas bersalin oleh terapis terlatih, selain inisiatif Kesejahteraan Lelaki dan Advokasi Dasar KASIH Keluarga yang memfokuskan pengukuhan institusi keluarga secara holistik.
LPPKN turut berbesar hati menerima kunjungan YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke reruai LPPKN. Ketibaan beliau telah disantuni oleh YBhg. Dato’ Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN, yang turut berkongsi penerangan mengenai peranan serta inisiatif strategik LPPKN dalam mendukung agenda kesejahteraan sosial dan pembangunan keluarga negara.
Lawatan tersebut mencerminkan sokongan berterusan kerajaan terhadap usaha LPPKN sebagai peneraju kesejahteraan keluarga selaras aspirasi Malaysia MADANI.



