• Tarikh Kemaskini 15 May 2023

Kelab Kakitangan LPPKN melalui Biro Sukan telah menyertai Kejohanan Ping Pong MAKSWIP 2023 yang berlangsung pada 9-12 Mei 2023 bertempat di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Dengan kombinasi pemain baru dan senior, pasukan LPPKN diwakili oleh 3 pasukan lelaki (A,B & C) dan 1 pasukan wanita.

Alhamdulillah, pasukan lelaki LPPKN A telah berjaya menjuarai kejohanan ini dengan menumpaskan pasukan LHDN A di perlawanan akhir, sekaligus mengekalkan kejuaraan untuk tahun keempat berturut-turut (2019, 2020, 2022 & 2023: tiada penganjuran pada tahun 2021).

Bagi pihak Kelab Kakitangan LPPKN, syabas dan tahniah diucapkan kepada Pengurus Pasukan, En Helman Penie (LPPKN WPKL), barisan pemain yang sentiasa memberi 100% komitmen dan para penyokong yang hadir memberi sokongan kepada pasukan. 

Semoga pasukan Ping Pong LPPKN dapat mengekalkan prestasi sedia ada dan terus sukses ke peringkat yang lebih baik di masa akan datang.