• Tarikh Kemaskini 30 May 2023

LPPKN KEDAH, 28 Mei 2023 - Seramai empat (4) orang delegasi dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat LPPKN Negeri Kedah untuk meneroka lebih lanjut mengenai peluang yang berpotensi bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang perkhidmatan runding cara keluarga dan perkahwinan Islam.

Ketibaan delegasi dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) yang diketuai oleh Puan Khairiah binti Harun, Ketua Unit Khidmat Nasihat, JHEAIK ini telah disambut mesra oleh YBrs. En. Chai Cheng Ho @ Dennis Chai, Pengarah LPPKN Negeri Kedah.

Dalam pertemuan dua hala ini, kedua-dua pihak bersetuju program dan juga rujukan klien sesama jabatan dipertingkatkan bukan sahaja dalam pengkhususan berkaitan runding cara tetapi juga khidmat nasihat kaunseling.

Turut hadir sama adalah Pn. Badrizawati binti Mohamad Zaki, Ketua Unit Kaunseling Keluarga dan Pn. Nik Raizan binti Nik Mod, Ketua Unit Pentadbiran dan Perhubungan Awam LPPKN Negeri Kedah.