• Tarikh Kemaskini 20 June 2025

19 Jun 2025 - Majlis Perhimpunan Bulanan LPPKN telah berlangsung dengan penuh bermakna bersempena sambutan Ulang Tahun ke-59 penubuhan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

 

YBhg. Pengerusi LPPKN, dalam ucapannya telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh warga kerja LPPKN atas komitmen serta pencapaian cemerlang dalam melaksanakan mandat organisasi.

 

Beliau turut mengingatkan agar semangat berdaya saing dan profesionalisme sentiasa dipertingkatkan, khususnya dalam mendepani cabaran masa hadapan menjelang sambutan Jubli Intan (60 tahun) LPPKN pada tahun 2026. Ulang tahun ke-59 ini menjadi landasan penting untuk merancang strategi yang lebih mantap dan inklusif demi memperkukuh peranan LPPKN dalam pembangunan keluarga dan masyarakat.

Majlis juga menyaksikan:

Pengenalan kakitangan baharu yang menyertai organisasi;

Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebagai pengiktirafan kepada warga yang menunjukkan prestasi cemerlang tahun 2024;

Pengiktirafan kepada pegawai yang dinaikkan pangkat sebagai penghargaan atas kecemerlangan dan sumbangan mereka.

Sebagai simbolik menuju ulang tahun ke-60, majlis turut melancarkan ‘Countdown to 60 Years of LPPKN’, menandakan permulaan kepada pelbagai inisiatif dan program khas yang bakal dilaksanakan menjelang sambutan bersejarah tersebut.

 

LPPKN akan terus komited dalam memainkan peranannya sebagai agensi peneraju dalam pembangunan keluarga dan penduduk negara, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.