-
Tarikh Kemaskini 28 April 2026
Satu program Latihan Sangkut Klinikal dan Kepakaran Perkhidmatan Fertiliti kini sedang berlangsung di IVF JAPAN Group, Osaka, Jepun, bermula dari 20 April hingga 1 Mei 2026.
?Delegasi Klinikal
?Pasukan klinikal LPPKN diketuai oleh Dr. Wan Hilya Munira Mustapha, Ketua Pusat Kepakaran Subfertiliti LPPKN, bersama Dr. Nachiappan A/L Annamalai dan Encik Yusri Sham bin Abu Hassan. Delegasi ini ditempatkan secara intensif di:?Pusat IVF HORAC Grand Front Osaka
?Pusat IVF Osaka
?Objektif Utama & Keunggulan Teknologi
?Program ini dirangka khusus untuk memperkasakan kompetensi warga kerja serta memberikan pendedahan langsung terhadap teknologi reproduktif terkini. Sebagai antara pusat rawatan subfertiliti terkemuka di Jepun dengan kadar kejayaan mencecah 60%, IVF JAPAN Group menjadi rujukan global bagi: ?Teknologi Kryobeku (Cryopreservation) yang canggih.
?Pre-implantation Genetic Testing and Analysis (PGT-A).?Integrasi Rawatan Holistik.
?Pusat ini mengendalikan kapasiti tinggi dengan purata 300 hingga 500 kes IVF sebulan. Kecemerlangan mereka didorong oleh integrasi perubatan sokongan yang komprehensif bagi meningkatkan kadar keberhasilan kehamilan, termasuk:
?Mitocon-walk, psikoterapi dan kaunseling, akupunktur, urutan batu panas (hot stone), terapi hidrogen, serta pengurusan diet yang sistematik.
?Impak Strategik
?Selain daripada peningkatan kemahiran teknikal, latihan ini merupakan platform penting dalam membina kerjasama strategik antarabangsa bersama IVF JAPAN Group dalam bidang perubatan reproduktif.
?Inisiatif ini bukan sahaja menyokong aspirasi Dasar KASIH Keluarga Negara, malah berperanan sebagai pemangkin dalam merealisasikan visi penubuhan Pusat Subfertiliti Negara sebagai pusat kecemerlangan rawatan reproduktif di Malaysia.



