-
Tarikh Kemaskini 04 May 2026
30.04.2026 (Khamis) - Satu mesyuarat yang mengumpulkan agensi, NGO dan individu yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan program-program melibatkan kaum lelaki telah diadakan hari ini melibatkan hampir 40 orang.
Mesyuarat ini amat penting sebagai salah satu proses dalam merangka gerak kerja yang terbaik dalam Kajian Lelaki Budiman Negara.
Mesyuarat ini juga bertujuan mewujudkan jaringan antara LPPKN dengan pihak berkepentingan serta menjadi platform pengumpulan input strategik dalam memantapkan agenda pemerkasaan lelaki.
YBhg. Dato' Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN yang mempengerusikan mesyuarat hari ini turut memaklumkan akan komitmen KPWKM melalui LPPKN terhadap usaha untuk memperkukuhkan peranan lelaki dan bapa dalam meningkatkan kesejahteraan keluarga. Sebanyak 24 NGO berkaitan pemerkasaan lelaki turut hadir, antaranya Pertubuhan Bapa Hebat Malaysia, Pertubuhan Bapa Penyayang, Pertubuhan Hak Bapa Malaysia.
Semoga agenda pemerkasaan lelaki melalui Kajian Lelaki Budiman Negara ini akan bergerak lancar dan mencapai tujuannya dalam mendukung misi dan visi LPPKN sebagai peneraju kesejahteraan keluarga.



