-
Tarikh Kemaskini 02 October 2026
Infertility Counselling Module in Primary Care telah dilancarkan oleh YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa Simposium Kesihatan Reproduktif Kebangsaan 2026 pada 29 September 2026.
Modul ini dibangunkan bagi merapatkan jurang dalam perkhidmatan kesuburan sedia ada dengan memperkukuh keupayaan pengamal perubatan di peringkat penjagaan primer, bukan sahaja dari aspek pengurusan klinikal, tetapi juga kemahiran kaunseling, komunikasi dan sokongan emosi kepada pasangan yang mengalami kesukaran untuk hamil. Ini diharapkan dapat menyokong pengesanan dan intervensi awal, akses kepada rawatan serta ubat-ubatan yang bersesuaian dan rujukan yang lebih awal kepada pasangan yang memerlukan.



