• Tarikh Kemaskini 05 November 2026

KUALA LUMPUR, 4 November 2026 – Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2026 (PERKKS26) melabuhkan tirainya hari ini dengan ucapan penutup oleh YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Persidangan yang berlangsung selama dua hari ini telah menghimpunkan penggubal dasar, ahli akademik, penyelidik, wakil agensi kerajaan, sektor swasta serta pelbagai pihak berkepentingan bagi membincangkan isu dan cabaran kependudukan serta pembangunan keluarga di Malaysia.

Pelbagai perkongsian ilmu dan pembentangan penyelidikan telah diketengahkan, termasuk perincian dapatan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keenam (KPKM-6), yang menjadi sumber rujukan penting dalam memahami dinamika penduduk dan cabaran kekeluargaan semasa.

Persidangan turut menyaksikan penyampaian Anugerah Kertas Penyelidikan Terbaik dan hadiah pertandingan poster penyelidikan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan serta usaha para penyelidik.

Penganjuran PERKKS26 diharap dapat memperkukuh jaringan kerjasama antara pelbagai pihak serta menggalakkan penggunaan bukti penyelidikan dalam merangka dasar, program dan intervensi yang lebih bersasar demi kesejahteraan keluarga dan masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua rakan strategik, pembentang, penyelidik, peserta serta pihak yang telah bersama-sama menjayakan PERKKS26.

Bersama membina asas ilmu, memperkukuh keluarga dan merangka masa depan negara.

 

Galeri Foto