• Tarikh Kemaskini 06 May 2026

?LPPKN terus komited dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan reproduktif negara melalui penganjuran Bengkel Pemurnian Data Registri Subfertiliti Kebangsaan. ?Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN.

?Objektif Utama Bengkel:

Ketepatan& Keseragaman: Memastikan setiap data yang dikumpul melalui Registri Subfertiliti Kebangsaan adalah tepat dan seragam.

Analisis Berkualiti: Meningkatkan kualiti analisis bagi menyokong perancangan perkhidmatan kesihatan yang lebih efisien.

Dasar Berasaskan Bukti: Memastikan penggubalan dasar masa hadapan dibuat berdasarkan fakta dan data yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

?Antara Pengisian Menarik satu sesi pemurnian teknikal, para peserta turut mendapat input pakar daripada Prof. Madya Dr. Abdul Kadir Abdul Karim (Ketua Pusat Reproduktif Termaju, HCTM) yang mengupas mengenai mekanisme pengumpulan data dan konsep pengisian pangkalan data (database) secara sistematik.

?Usaha ini merupakan langkah proaktif LPPKN dalam mendepani cabaran subfertiliti di Malaysia, seterusnya memastikan kesejahteraan keluarga Malaysia sentiasa menjadi keutamaan.