-
Tarikh Kemaskini 18 August 2026
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) diketuai oleh Ketua Pengarah LPPKN, YBhg. Dato' Abdul Shukur Abdullah bersama Pengarah LPPKN Pulau Pinang, Dr. Azura Abdullah telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengurus Besar PERDA, YBhg. Dato' Haji Mohd Asri Baharum di Ibu Pejabat PERDA hari ini.
Pertemuan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama strategik antara LPPKN dan PERDA bagi memperkasakan institusi keluarga serta meningkatkan kesejahteraan komuniti, khususnya di Kampung Tanah Liat (Kampung Angkat MADANI LPPKN).
Melalui sinergi ini, tumpuan diberikan kepada pembangunan dan pemerkasaan sosioekonomi berpaksikan penglibatan komuniti menerusi Projek Agrotourism yang bakal memberi manfaat serta kelangsungan setempat agar setiap keluarga dapat terus berkembang dalam persekitaran yang sihat, berdaya saing dan mampan.
"KASIH Keluarga membentuk Komuniti Sejahtera"



