• Tarikh Kemaskini 26 May 2023

Seluruh warga LPPKN mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada YBhg. Dato Sri Rohani Abdul Karim atas pelantikan sebagai Pengerusi LPPKN yang ke-13.

Tugasan pertama sebaik menerima tanggungjawab tersebut adalah mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah LPPKN di Bangunan KPWKM, Putrajaya. Seramai 10 orang ahli lembaga LPPKN turut bersama-sama dalam mesyuarat tersebut.

Usai mesyuarat, Dato Sri bergegas ke Pusat Keluarga LPPKN Shah Alam bagi lawatan kerja pertama ke pusat pentadbiran LPPKN Negeri.

Memandangkan YBhg. Dato Sri pernah menyandang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, justeru lawatan melibatkan Klinik Nur Sejahtera, Pusat Keluarga Bergerak (PKB), Trak KafeTEEN dan Studio Terapi Keluarga boleh dianggap sebagai sirih pulang ke gagang.

Semoga kehadiran YBhg. Dato Sri sebagai Pengerusi baharu akan terus membawa LPPKN ke mercu pembangunan keluarga yang lebih kukuh dan cemerlang sama ada kebangsaan mahu pun antarabangsa.