• Tarikh Kemaskini 07 March 2025

06 Mac 2025, Putrajaya – Sempena Mesyuarat Majlis Kewangan Negara (MKewN) Tahun 2025, Kementerian Kewangan menyediakan perkhidmatan mobil bagi mempamerkan secara langsung dan informatif pelbagai inisiatif yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025 kepada YAB Menteri Besar, Ketua Menteri, Premier, serta wakil Kerajaan Negeri yang hadir.

 

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) turut serta dalam pameran ini dengan membawa Pusat Keluarga Bergerak (PKB). LPPKN mempamerkan program penting seperti:

  1. Bantuan Rawatan Kesuburan & Advokasi Infertiliti (BuAI)
  2. Subsidi Mammogram & HPV DNA
  3. Perkhidmatan Perancang Keluarga

 

 

 

Kami keluarga LPPKN, berbesar hati atas kesudian YAB Perdana Menteri (PMX), Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, YAB Timbalan Perdana Menteri 2, Dato' Seri Fadillah Yusof dan YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan Menteri Kewangan 2 meluangkan masa untuk mendengar penerangan mengenai inisiatif yang ditawarkan oleh LPPKN demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

Mari bersama menyokong kesejahteraan keluarga!