• Tarikh Kemaskini 02 October 2026

Sesi Libat Urus (SLU) Zon Selatan bagi Kajian Lelaki Budiman Negara telah berlangsung pada 01 Oktober 2026 (Khamis) di Hotel Royale Chulan, Seremban.

Sesi ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Hairil Fadzly Md. Akir, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) LPPKN. Turut hadir Encik Adzmel Mahmud, Pengarah Bahagian Kesejahteraan Keluarga LPPKN, Encik Azlan Mohd Salleh, Pengarah LPPKN Negeri Sembilan, Puan Norhashimah Haron, Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sembilan serta Puan Intan Suhana Yusuff, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integasi Nasional (JPNIN) Negeri Melaka.

Seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada wakil pelbagai agensi, NGO dan pemegang taruh dari Negeri Sembilan, Melaka dan Johor telah hadir terlibat dalam sesi ini.

Sesi ini menjadi platform untuk mendapatkan pandangan, pengalaman dan input peserta berkaitan isu serta cabaran semasa lelaki termasuk faktor risiko, keperluan intervensi serta aspek kesejahteraan lelaki sebagai input penting dalam pelaksanaan Kajian Lelaki Budiman Negara.