• Tarikh Kemaskini 30 May 2023

Jelajah KASIH Keluarga Siri 1/2023 sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2023 Peringkat Negeri Perlis di perkarangan Dataran Dato' Sheikh Ahmad (Dataran 360), Kangar dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Perlis. Hari ini merupakan hari pertama program yang diadakan selama dua (2) hari sehingga esok, 28 Mei 2023.

LPPKN Negeri Perlis menyediakan Pakej Saringan KASIH Ibu secara percuma kepada ibu-ibu dan promosi Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCaRe) sempena Sambutan Hari Ibu 2023. Selain itu, turut diadakan juga promosi program/perkhidmatan pendidikan kekeluargaan, kaunseling keluarga dan perkahwinan, kesihatan reproduktif dan aktiviti ‘mobile' KafeTEEN.

Bagi memberi lebih makna kepada Sambutan Hari Ibu juga, LPPKN turut menyampaikan slot bicara santai melalui perkongsian mengenai Kempen WCaRe kepada para pengunjung. Slot bicara santai ini disampaikan oleh Puan Habibah Ali, Jururawat, Klinik Nur Sejahtera (KNS) Kangar. Selain itu, ibu-ibu yang menjalani Saringan KASIH Ibu di booth LPPKN turut diberikan sekuntum bunga mawar merah.

Turut hadir melawat ke ‘booth’ LPPKN ialah YB Tuan Megat Hashirat Hassan, Exco Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Alam Sekitar, Bioteknologi dan Teknologi Hijau dan Perpaduan Masyarakat dan Kesihatan Negeri Perlis dan YBrs. Puan Hanita Ahmad, Pengarah, JPNIN Negeri Perlis.

Mailah orang Perlih jumpa kami pada hari ini dan esok. Hubungi dan ikuti kami di media sosial untuk mengetahui di mana dan ke mana kami selepas ini.