• Tarikh Kemaskini 16 August 2023

15 OGOS 2023 – Sempena sambutan Hari Penduduk Sedunia 2023, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menganjurkan Forum Hari Penduduk Sedunia 2023 bertemakan Mengorak Kuasa Kesaksamaan Gender: Memperkasa Suara Wanita dan Kanak-Kanak Perempuan Bagi Membuka Peluang Dunia Tanpa Batas.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merasmikan secara maya forum ini yang membariskan YBhg. Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Pengerusi LPPKN, YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia, YM Tengku Aira Tengku Razif, UNFPA dan Dr Elya Nabila Abdul Bahari, Pensyarah Kanan, Universiti Malaya sebagai panel.

Turut hadir pada forum ini ialah YBrs. Tuan Haji Abdul Shukur Bin Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN dan YBhg. Prof. Dr. Sabri Musa, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Malaya.