• Tarikh Kemaskini 17 March 2025

LPPKN PERAK, 14 Mac 2025 - YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengadakan lawatan kerja ke Klinik NUR Sejahtera LPPKN Taiping, Perak Darul Ridzuan pada hari ini.

 

 

 

Ketibaan beliau telah disambut mesra oleh YBrs. En. Chai Cheng Ho @ Dennis Chai, Pengarah LPPKN Negeri Perak.

 

Dalam rangka lawatan kerja ini, YB Timbalan Menteri telah diberi taklimat oleh Ketua Klinik NUR Sejahtera (KNS) LPPKN Taiping, Pn. Haszawati binti Ismail berkenaan rutin pengoperasian klinik dan juga perancangan program outreach bagi mempromosi dan menawarkan perkhidmatan LPPKN secara terus kepada kumpulan sasar di lapangan sepanjang tahun 2025.

 

YB Datuk Seri Noraini juga telah dibawa melawat kemudahan fasiliti yang disediakan di KNS LPPKN Taiping di samping beramah mesra dan menyantuni warga kerja yang bertugas.