• Tarikh Kemaskini 17 March 2025

Pada 13-14 Mac 2025, satu Bengkel Analisis Data Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keenam (KPKM-6) bagi Laporan Eksekutif KPKM-6 telah berjaya dilaksanakan di Movenpick Hotel & Convention Center KLIA. Bengkel yang telah dihadiri oleh pakar-pakar bidang, wakil-wakil daripada BPS, BKK, BRM dan BPKK ini bertujuan untuk mengeksplorasi data KPKM-6 dan menghasilkan draf Laporan Eksekutif KPKM-6. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pakar-pakar bidang yang telah hadir iaitu Prof. Dr. Tey Nai Peng (UM), Datuk Dr. Harlina Halizah Siraj, PM Dr. Norliza Ahmad (UPM), PM Dr. Dr. Rohana Jani (UM), PM Dr. Sharifah Azizah Haron (UPM) , PM Dr. Lai Siow Li (UM), PM Dr. Jane Teh Kimm Lii (Sunway University), Dr. Saharani Abdul Rashid (UiTM Raub), Dr. Ahmad Nazim Aimran (UiTM Shah Alam), Dr. Mohd Amirul Rafiq Abu Rahim (KRI), Dr. Zilal Saari (UTM KL) dan En. Chai Sen Tyng (MyAgeing). Bengkel ini turut disertai oleh YBrs. TKPD dan YBrs. TKPP. YBrs. KP LPPKN telah berbesar hati bagi menyempurnakan majlis penutup bagi bengkel ini.